Wednesday, July 28, 2010

wahhh !! sedap neh.


huhh. entry aku kali neh pasal ais krim. haa. msty ramai yg suke ais krim kn. sape laa yg ta suke ais krim. kebanyakkn bdak bdak yg suke ais krim neh. pantang nmpk ais krim, msty na kn. kalo ta dapat ais krim msty na nanges laa majok laa. haa. bg jer ais krim teros ok. hehe. tp kn, org besar pown ade jugak suke ais krim. contoh trdekat mcm my mom. da tao sejok pown na jugak. huhu. mcm mcm laa mama neh. (: mama aku slalu jugak beli ais krim. nyum nyum sedap siott. aku paling suke ais krim cokelat. pehh !! jgn ckp laa sdap dye camne kn. sampai jilat ibu jari kaki. haha. menipu jer aku neh kn. ;p kn sedap kalo mkn ais krim tyme petang petang camne. layan tuh babe ! sambil tgok tv. grrr ! tringin na mkn ais kim laa plak. bru jer mlm ahad lepas aku mkn ais krim connecto (ehh, btol kew aku eja neh). ta puas laa. aku tao ais krim mngemokkn tp sedapppp. sedapp sampai ta trkate. korang msty terliur kn bile tgok photo photo ais krim kt bawah neh. saba saba yerr !! ngee (:



PERNAHKAH
anda terbayang untuk membuat sendiri aiskrim di rumah? Ia tidak sukar dan membuatnya juga tidak cerewet. Malah, anda akan dapati rasanya boleh dipelbagaikan dengan meletakkan pewarna dan perisa berbeza. Apa yang paling mustahak, anda akan dapati rasanya lebih sedap daripada kebanyakan aiskrim yang dibeli!

Tidak percaya? Cuba buat sendiri dan anda akan dapati ia benar. Anda tidak perlu menggunakan mesin pembuat aiskrim. Mesin jenis ini cuma berbaloi jika anda selalu membuat aiskrim. Dengan resipi yang ditunjukkan ini, anda hanya perlu ada pemutar elektrik sama ada jenis pegang (hand-whisk) atau bermangkuk (with stand) jika membuatnya banyak.

Perisa yang biasa tentulah vanila. Namun begitu, anda boleh campurkan hirisan kecil buah-buahan seperti laici atau strawberi, kekacang panggang seperti badam atau serbuk biskut seperti Oreo. Selain itu, boleh masukkan parutan coklat masakan atau coklat urai dan cip coklat. Jadi, kesimpulannya banyak bahan yang boleh dimasukkan untuk menyedapkan aiskrim yang dibuat di rumah.

Ada juga resipi aiskrim yang menggunakan telur. Oleh kerana telur tidak dimasak, aiskrim begini tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung, bayi atau orang-orang yang terlalu tua. Ini adalah kerana mereka mungkin mendapat keracunan salmonella. Ini disebabkan daya ketahanan mereka agak lemah. Bagaimanapun, resipi yang disertakan di sini sangat sesuai untuk sesiapa saja.

Perlu difahami terutama tentang peti sejuk atau peti ais. Ruang yang digunakan untuk membuat aiskrim adalah peti pembeku. Jika anda set pada suhu paling rendah, aiskrim akan lekas beku. Namun begitu, sekiranya banyak barangan yang disimpan di situ, anda mesti rendahkan suhu sehingga ke maksimum. Ini adalah kerana ruang dingin yang agak sempit tidak mencukupi.

Di antara lima bahan untuk membuat aiskrim, mungkin ramai yang masih tidak biasa dengan krim putar. Ia dikenali dengan whipping cream atau double cream. Manakala whipped cream pula adalah krim putar yang sudah diputar hingga kental atau keras.

Jangan terlebih putar atau pukul kerana ia mudah menjadi cair semula. Jika ini terjadi, anda tidak boleh menggunakannya lagi. Lakukan dengan pemutar elektrik pada tahap paling minimum. Jika hendak memukul dengan tangan, gunakan pemutar belon atau balloon whisk.

Setiap kali memutar krim, gunakan pemukul yang sudah dibilas dengan air panas dan dilap kering. Begitu juga dengan mangkuknya. Jika ada kesan gris atau lemak serta minyak (dari mentega atau marjerin), krim putar tidak akan menjadi kental. Sebaik-baiknya letak pemutar dan mangkuk di dalam peti sejuk supaya krim mudah kental.

Jangan keliru di antara krim putar tenusu dengan yang bukan tenusu (non-dairy topping). Meskipun ia dijual di dalam bekas yang hampir sama, krim bukan tenusu adalah untuk menghias kek. Non-dairy topping lebih putih dan mudah kental bila dipukul.

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Dah baca tuh komen laa sikit yee :)

0 org yang membebel: